APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??

MUQADDIMAH



















Tahukah adik-adik surah apakah ayat yang akak letakkan di atas?. Ayat al-Quran di atas adalah ayat kursi iaitu ayat daripada surah Al-baqarah, ayat: 161.

Ayat ini diberi gelaran oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Saiyidul Quran’ iaitu penghulu al-Quran.

Adik adik tahu, ayat ini juga menjelaskan sifat-sifat kesempurnaan dan keagungan allah SWT dan sunat dibaca berulang-ulang sebagai ayat amalan.

Apa kaitan ayat kursi ini dengan tajuk Sistem Cakerawala??

Mari akak jelaskan kepada adik-adik apakah kaitan antara ayat kursi dengan Sistem Cakerawala.
















(Rujukan: Rijaluddin Yahya. Pendidikan Islam. 2008)

PETA KONSEP

Assalamualaikum kepada pengunjung blog SISTEM CAKERAWALA. Terima kasih kerana melayari laman ini. Adik-adik! Adakah adik-adik pernah mendengar Sistem Cakerawala? Akak pasti dikalangan adik-adik ada yang tahu mengenainya dan mungkin lebih arif lagi.

Kalau adik-adik lihat dalam peta konsep yang akak lampirkan, adik-adik dapat lihat apakah topik yang bakal akak kongsikan bersama adik-adik.. Peta konsep ini merupakan rumusan dan nota ringkas untuk memudahkan adik-adik lebih memahami tajuk yang diperbincangkan dalam blog ini.

Mari kita teruskan perjalanan dan pengembaraan kita ke alam Cakerawala bagi menambahkan lagi ilmu dan moga-moga iman kita terhadap pencipta lebih meningkat setelah mengetahui betapa berkuasanya Allah terhadap penciptaanya, InsyaAllah.





;;