Allah yang maha suci lagi maha Tinggi berfirman yang bermaksud:
”Maha suci Allah yang mnjadikan gugusan bintang di langit dan Dia menjadikan padanya matahari dan bukan yang bercahaya”
(Surah al-Furqan: 25: 61)
Ketahuilah Allah s.w.t menjadikan malam supaya udara menjadi dingin, bahkan supaya haiwan-haiwan dapar merasakan ketenangan dan ketenteraman.
Allah menjadikan malam tidak gelap-gelita tanpa cahaya sama sekali, sehingga dapat digunakan untuk melakukan suatu pekerjaan. Manusia pun sering kali melakukan pekerjaannya di waktu malam, kerana suatu kedaruratan atau sempitnya waktu di siang hari. Hal ini terjadi, mungkin kerana di siang hari udara terlalu panas atau ada sebab-sebab lain. Kerana itu cahaya bulan di malam hari merupakan pertolongan yang diperlukan manusia untuk keperluan tersebut. Terbitnya bulan pada sebahagian malam, dengan cahaynya yang lebih rendah berbanding sinar dan panasnya matahari, tidak lain ialah supaya manusia tidak melakukan kegiatan yang sama dengan kegiatannya di siang hari. Kalau antara kegiatan siang hari dan malm hari itu sama, maka tentulah manusia akan kehilangan ketenangan, dimana hal ini akan membahayakan kesihatannya sendiri.
Di antara keagungan hikmah Allah itu ialah menciptakan cakerawala yang menjadi pelengkap untuk tetapnya alam semesta ini, yang kelihatannya kekal untuk sepanjang masa dan tidak pernah berubah. Dalam masalah besar ini manusia pun telah dicukupkan Allah, yang tiada kekuasaan dan tiada upaya untuk memperbaiki alam semesta ini seandainya terjadi perubahan hebat, perubahan yang mengakibatkan kejadian dahsyat di permukaan bumi ini. Apa sebabnya demikian?
Sebab tegaknya bumi ini selalu berhubungan dengan langit, bahkan semua itu mngikut kekuasaan Pencipta yang maha Suci. Sungguh , tiada cacat tiada cela dan tiada sesuatu pun yang ketinggalan dari ketentuan-Nya demi manfaat alam semesta.
Maha suci Allah yang maha Mengetahui lagi maha Kuasa.
(Imam al-Ghazali. Rahsia danhikmah kejadian alam dan penciptaan manusia)
Putaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan PEREDARAN SIANG DAN MALAM.
Hikmah Kejadian SIANG
3. Waktu siang juga digunakan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti bagi mengeratkan silaturrahim sesama anggota masyarakat seperti kenduri-kendara, gotong-royong dan sebagainya.
Hikmah Kejadian MALAM
2. Waktu malam juga ialah waktu yang paling selesa untuk kita beribadah kepada Allah swt seperti menunaikan solat sunat tahajjud, solat hajat, solat istikharah, membaca al-Quran dan sebagainya.
3. Manusia juga dapat berfikir tentang keajaiban alam ciptaan Allah swt pada waktu ini dengan memerhatikan kejadian malam, bulan, bintang dan sebagainya.
Labels: e) HIKMAH
2 comments:
Salam nad..
lailatul ni..hehehe..x sangke ea..lai nak cari hikmah kejadian siang malam..tebukak plak blog ko ni..x sangke2..hehehe..cedok n kutip ilmu sikit ea..syukran..hehe..
Noob
Post a Comment