APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??

Adik-adik,

Setiap benda yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai peranannya masing-masing.

Alam semesta juga dicipta untuk kemudahan manusia hidup di muka bumi ini.

Kejadian langit dan bumi, kejadian hujan dan kejadian siang dan malam mempunyai rahsia di sebaliknya..

Adik-adik kita lihat apakah rahsia sebalik PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI??



Allah SWT mencipta langit yang padanya terdapat matahari, bulan, bintang dan pelbagai planet lain.

Matahari berfungsi sebagai pembekal cahaya, tenaga dan haba kepada semua makhluk di muka bumi.

Cahaya matahari penting kepada tumbuhan dalam proses membuat makanan (fotosintesis)

Cahaya bulan pula menerangi alam semesta pada waktu malam dan berperanan untuk mengira tarikh, bulan dan tahun daam calendar hijrah. Bulan juga penting untuk menetapkan tarikh berpuasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi umat islam.

Bintang merupakan ciptaan allah SWT yang unik. Selain menghiasi dada langit, bintang berperanan sebagai penunjuk arah bagi ahli pelayaran.

Allah SWT mencipta bumi yang diatasnya terdapat manuisa, haiwan, dan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang saling bergantung antara satu sama lain.

Manusia hidup di muka bumi dan mencari rezeki di atasnya. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan merupakan sumber makanan utama bagi manusia.

Di atas muka bumi juga terdapat sungai, gunung-ganang, lautan dan sebagainya untuk kegunaan semua makhluk di muka bumi.




(Rujukan: RIJALUDDIN YAHYA. Pendidikan Islam. 2008)

0 comments: