مرج البحرين يلتقيان (19) بينهما برزخ لايبغيان (20)
Terjemahan:
“Dia (Allah s.w.t) membiarkan dua lautan mengalir kemudian bertemu. Antara kedua-duanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing”
(Al-Rahman: ayat 20)
Kepentingan Air dan Hujan
1- Sebagai punca penghidupan dan sumber minuman kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang kerana tanpa air semua makhluk ini tidak dapat hidup.
2- Menyirami permukaan bumi untuk menyuburkan tanah-tanah dan menceriakan alam sekitar.
3- Untuk membersihkan tubuh badan, pakaian dan sebagainya daripada sebarang bentuk kekotoran.
4- Sungai dan lautan menjadi sumber rezeki dan jalan pengangkutan kepada manusia.
5- Untuk mengimbangi suhu badan, makhluk dan suhu bumi daripada kepanasan cahaya matahari.
6- Dapat menghasilkan tenaga elektrik melalui penjanaan kuasa elektrik hidro.
7- Untuk digunakan ketika hendak melakukan ibadat.
Labels: e) HIKMAH
0 comments:
Post a Comment