Wahai adik-adik yang disayangi, sedarkah adik-adik bahawa setiap yang terjadi di alam semesta ini mengalami prosesnya tersendiri bagi setiap kemunculannya?
Kita lihat satu persatu proses-proses tadi.
Dalam surah Al Anbiya ayat 21:30, Allah berfirman:
“Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…”
Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, 'Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah:
“Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan di antara keduanya dan dijadikan di antara keduanya udara.”
adalah pencipta kepada ”Big Bang” ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas ”Big Bang”. Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata ”Jadi” maka jadilah ia. Allah yang Maha Bear dan Dia yang paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuat, Dia dapat menciptakan sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya ”Al-Quran” di mana Dia tlah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada al-Quran dan Al-Sunnah (Cara Hidup Nabi Muhammad s.a.w). sebagai contoh, apabila kita bertanya, ”Bagaimana Allah mnciptakan segala-galanya?” Allah membalas di dalam al-Quran dengan berkata:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang maha mengetahui akan segala-galanya
(Surah al-An’am- Ayat: 101)
(Harun yahya. 2004. Keajaiban Ciptaan Allah.)
Labels: c) PROSES
0 comments:
Post a Comment