APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??

Baiklah!!! Sebelum-sebelum ni akak dah pun terangkan topik-topik tentang keagungan dan kekuasaan Allah swt. Sebagai seorang hamba yang taat dan patuh pada Pencipta alam cakerawala ini, WAJIB kita percaya bahawa Allah swt maha berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu apa pun di dunia ini.


Hikmah mempercayai keagungan Allah:

1. Dapat melaksanakan amalan fardhu dengan lebih sempurna.

2. Memperbanyak amalan sunat dan zikir.

3. Hati menjadi khusyuk dan merendah diri kepada Allah.

4. Menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

5. Sentiasa melakukan kebaikan dan berusaha meninggalkan kemungkaran.

6. Mendidik diri supaya sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama manusia dan alam sekitar.


Implikasi tidak mempercayai kekuasaan Allah swt:

1. Manusia yang tidak mempercayai kekusaan Allah swt akan hidup dalam kesesatan dan tanpa pedoman.

2. Jiwa tidak tenang dan tenteram kerana tiada pegangan akidah yang kukuh.

3. Manusia yang angkuh dengan kekuasaan Allah swt juga tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah swt.

4. Azab yang pedih dan balasan neraka akan menanti manusia yang tidak mempercayai kekuasaan Allah swt di akhirat kelak.

5. Hati yang meragui kekuasaan Allah swt juga akan melahirkan sifat takbur, riak dan menyebabkan kekufuran.



(Rujukan: RIJALUDDIN YAHYA. PENDIDIKAN ISLAM . 2008)

0 comments: