Allah s.w.t. seringkali mengingatkan makhlukNya yang dinamakan manusia tentang akan terjadinya Hari Kiamat iaitu suatu hari kemusnahan secara mutlak di dalam ayat-ayatNya di dalam al-Quran. Malah dalam abad ke-20an ini para saintis telah menemui beberapa penemuan yang membenarkan tentang adanya hari Kiamat.
Teori yang menyatakan bahawa alam semesta ini mempunyai satu permulaan dan sentiasa mengembang atau perluasan secara berterusan. Seorang ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre secara teori menghitung dan menemukan bahawa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.
Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble seorang astronomi Amerika menemukan bahawa bintang-bintang serta galaksi saling menjauhi. Ini bermakna apabila bintang-bintang serta planet-planet saling menjauhi, tarikan graviti antara satu sama lain akan lemah. Keadaan ini menyebabkan sistem cakerawala tidak seimbang dan akhirnya mungkin menyebabkan perlanggaran antara satu sama lain.
Rujuk surah adz-Zariyat : 47 yang bermaksud :
"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."
Alam semesta telah mengembang dengan kecepatan maha dahsyat.
(Rujukan: http://taufiq111.blogspot.com/2007_05_01_archive.html)
0 comments:
Post a Comment