ALLAH S.W.T. MENJADIKAN MATAHARI SEBAGAI BOLA API BESAR YANG MANA CAHAYA DAN PANCARANNYA SANGAT DIPERLUKAN OLEH MANUSIA DAN MAKHLUK-MAKHLUK LAIN DI MUKA BUMI INI UNTUK HIDUP. MATAHARI TERUS BEREDAR DITEMPATNYA, MANAKALA PLANET LAIN BERGERAK MENGELILINGI MATAHARI DALA SISTEM CAKERAWALA SURIA.
FIRMAN ALLAH S.W.T yang bermasud:
" dan matahari itu beredar ketempat yang ditetapkan baginya"
(Surah Yassin: ayat 38)
Tujuan Allah s.w.t menjadikan matahari, bulan dan bintang kepada manusia:
- Dapat digunakan oleh manusia untuk keperluan hidup mereka.
- Supaya manusia mengkaji dan menyelidik bagi mendapatkan pelbagai ilmu pngetahuan
- Untuk menyempurnakan dan memberi keselesaan kepada kehidupan manusia.
Hakikat kejadian matahari:
1) Matahari merupakan satu planet yang memancarkan cahaya dan haba. Ia terdiri daripada gas yang sangat panas dan mempunyai 67 unsur seperti hydrogen, helium, karbon, oksigen, fosforun dan besi.
2) Kedudukan matahari di angkasa ialah dikelilingi oleh planet Utarid, Zuhraj, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto
3) Matahari beredar secar tetap ditempatnya dan planet-planet lain bergerak mengelilinginya.
4) Matahari juga bergerak bersama-sama planet yang lain dengan kelajuan 19 kilometer sesaat.
Kajian sistem matahari boleh meningkatkan iman seseorang melalui:
1- kajian menunjukkan bahawa matahari ialah sebiji bebola api yang berjuta kali ganda besar daripada bumi. Ia sentiasa berpusing di atas paksinya dan beredar pada orbitnya yang telah ditetapkan. Penemuan ini menyedarkan manusia bahawa Allah s.w.t Maha bijaksana. Kesedaran inilah yang dapat meningkatkan iman.
2- Hasil daripada kajian juga mendapati bahawa matahari berlari menuju ke suatu arah dengan halaju 19 kilometer sesaat ke tempat yang tidak diketahui. Ini menunjukkan bahawa alam ini sangat luas, matahari yang berlari denagn laju pun tidak sampai ke destinasinya dalam masa yang cepat. Ini membuktikan kekuasaan Allah s.w.t tidak mampu ditandingi oleh manusia. Bagi orang yang beriman sudah pasti keimanannya semakin bertambah.
Labels: d) KAJIAN
0 comments:
Post a Comment