ANTARA TANDA-TANDA KEWUJUDAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T IALAH KEWUJUDAN ALAM INI. KAJIAN-KAJIAN YANG DILAKUKAN MEMBUKTIKAN BAHAWA ALAM INI TIDAKLAH TERJADI DENGAN SENDIRINYA, TETAPI ADA SUATU KUASA YANG MENJADIKANNYA. MELIHAT KEPADA KEAJAIBAN YANG ADA PADA ALAM INI SUDAH TENTU KUASA YANG MENCIPTANYA TERLALU AGUNG DAN KEBIJAKSANAANNYA AMAT TINGGI. KUASA DAN KEBIJAKSANAAN SEDEMIKIAN TENTULAH HANYA DIMILIKI OLEH ALLAH S.W.T.
(Rujukan: Muhammad b Ariffin. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2004)
APA ITU ALAM CAKERAWALA???
Pengertian alam cakerawala:
Tujuan
1) Supaya manusia berfikir tentang kejadian- kejadian Allah yang unik dan luar biasa.
2) Melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan terhadap alam cakerawala boleh menambah ilmu pengetahuan.
3) Supaya manusia tunduk dan merendahkan dirinya kepada Allah, seterusnya mengagungka-Nya kerana tidak mampu menandingi kekuasaan Allah.
4) Mendorong manusia supaya sentiasa mengkaji rahsia-rahsia alam cakerawala.
5) Menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah
6) Untuk kemudahan hidup manusia di alam ini.
Kepentingan alam cakerawala:
1- Menentukan siang dan malam. Proses ini berlaku melalui peredaran matahari, bulan, bintang dan lain-lain planet.
2- Sebagai petunjuk dan pedoman kepada manusia yang berada di lautan atau
3- Panduan membuat takwim atau menentukan bilangan hari dalam setahun berdasarkan peredaran matahari mengelilingi bumi.
4- Menjadikan panduan kepada ahli-ahli falak untuk menentukan tarikh-tarikh tertentu seperti permulaan bulan Ramadhan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.
5- Menentukan perubahan iklim sesuatu tempat yang mempengaruhi perkembangan fizikal, warna kulit dan cara hidup manusia.
6- Dapat digunakan untuk menentukan waktu ibadat seperti terbenam matahari untuk menentukan masuk waktu maghrib.
Labels: b) MUQADDIMAH
0 comments:
Post a Comment