APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??

Ketelitian Ciptaan Allah

Allah mencabar manusia untuk mencipta seusatu makhluk dari tiada kepada ada. Atau mencipta jantina lelaki atau perempuan.


Firman-nya

يأيها الناس ضرب مثل فاستمعوا له أن الذين تدعون من دون الله لن يخلقوا ذبابا ولو اجتمعوا له وإن يسلبهم الذباب شيئا لايستنقذوه منه ضعف الطالب والمطلوب

(Surah Al-Hajj: 73)

Terjemahan:

“Hai manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu, sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya dan jika lalat-lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebut kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menymbah dan amat lemah pulalah yang disembah”.


Cabaran dari Allah ini akan terus berlaku dan berterusan sehingga ke Hari Kiamat. Meskipun berkumpul sekalian pakar-pakar dari seluruh dunia dan bekerjasama, mereka tidak akan mampu untuk mencipta seekor lalat pun. Sehingga ini, manusia telah melangkah menjelajahi bulan, planet marikh dan melakukan berbagai penerokaan angkasa lepas. Namun, mereka tidak berupaya untuk mencipta seekor lalat pun, maka itulah Allah telah bertanya dalam firman-Nya:

أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون

(Surah Al-Thur: 35)

Terjemahan:

“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"


Oleh kerana segala sesuatu dalam ala mini ciptaan Allah, maka secara automatic segala hokum dan peraturan alam yang berlaku juga berjalan menurut kemahuan dan kehendak Allah. Hanya dalam perkara tertentu sahaja Allah memberikan kuasa kepada manusia untuk melakukan pemilihan.


Sebagai contoh, peredaran matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi. Mereka bergerak dan beredar pada orbit masing-masing, tidak berlanggar antara satu sama lain semata-mata tunduk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah penciptanya.


Firman Allah:

لا الشمس ينبغي لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل في فلك يسبحون

(Surah Yassin: 40)

Terjemahan:

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya”


Telah terbukti bahawa matahari, bulan dan bintang beredar dengan perhitungan tepat tanpapernah maju atau mundur sedikitpun dalam terbit mahupun terbenamnya sejak berjuta tahun yang lalu. Masing-masing punya garis edar tersendiri dengan jarak edar tertentu yang ditetapkan oleh Allah. Manusia tidak mampu mengejar terbitnya matahari walaupun hanya satu detik. Tidak juga manusia mampu menghentikan atau mempercepatkan putaran bumi meskipun hanya seketika.


Meninjau tentang kejadian alam ini, jelas sekali membuktikan tentang ketelitian, keagungan dan kemampuan Al-Khalik sebagai Maha Pencipta. Ianya tidak dapat disanggah lagi oleh sesiapa pun.



(Ibnu Muhammad. DIA Pencipta Alam Ini. 1996)

PEMBENTUKAN HUJAN

ADIK-ADIK... BAGAIMANA HUJAN TERBENTUK??????


Tahap pembentukan hujan baru dapat dipelajari setelah radar cuaca ditemui. Menurut kadar, pembentukna hujan terjadi dalam tiga tahap. Pertama; pembentukan angin. Kedua: pembentukan awan. Ketiga: turunnya hujan. Yang tercantum di dalam al-Quran tentang pembentukan hujan sangatlah sesuai dengan penemuan ini:



"Allah s.w.t Dialah yang mengirimkan angin pada (tahap pertama), lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah s.w.t membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal (tahap kedua): lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya (tahap ketiga), maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang diekhendaki-Nya iba-tiba mereka menjadi gembira"


(Surah al-Rum – Ayat 48)



TAHAP PERTAMA:


’Dialah (Allah s.w.t) yang mengirim angin...’


Sejumlah besar gelembung udara terbentuk kerana buih di lautan secara terus menerus pecah dan menyebabkan partikel air disemburkan ke langit. Partikel yang kaya garam ini kemudian dibawa angin dan naik ke atmosfera. Partikel-partikel ini yang disebut aerosol, berfungsi sebagai perangkap air. Inilah yang akan membentuk titik-titik awan dengan mengumpulkan wap air di sekitarnya, yang kemudian naik dari lautan sebagai titisan kecil.




TAHAP KEDUA:


’.......menggerakkan awan dan Allah s.w.t. membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal...’


Awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekitar kristal garam atau partikel debu di udara. Kerana titisan air di awan sangat kecil (dengan kisaran diameter 0.01-0.02mm), awan menggantung di udara dan menyebar di langit sehingga langit tertutup oleh awan.




TAHAP KETIGA:


’....lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celah-Nya’


Partikel air yang mengelilingi kristal garam dan partikel debu akan bertambah tebal dan membntuk titisan hujan sehingga titisan hujan akan menjadi lebih berat daripada udara, dan mulai jatuh ke bumi sebagai hujan, titisan hujan dibentuk oleh partikel air yang mengelilingi kristal garam, yang terbawa dari lauan ke awan. Kerana menjadi lebih berat daripada udara, partikl ini terlepas dari awan dan mulai jatuh ke bumi sebagai hujan.



(Rujukan: Smahadzir. 2007. Ilmu Membuktikan Keagungan Tuhan)














Peranan yang harus dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar:

1/ Tidak melakukan pencemaran terhadap sungai, laut, udara dan alam sekeliling.


2/ Menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih dan indah.


3/ Tidak merosakkan tanah dan memusnahkan pokok-pokok untuk melakukan kerja yang tidak berfaedah.


4/ Tidak melakukan pembakaran terbuka yang menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar.









APA KESAN BURUK KALAU BUAT PENCEMARAN???


Kesan buruk akibat pencemaran dan kemusnahan alam terhadap kehidupan:


1) Manusia tidak dapat menikmati keindahan alam yang mendamaikan.

2) Keselamatan hidup manusia tidak terjamin.

3) Banyak haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan mati dan pupus akibat habitat mereka dirosakkan dan dimusnahkan.

4) Manusia mudah diserang pelbagai penyakit yang boleh menggugat kehidupan mereka.



(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)
(Rujukan pic:
(www.flickr.com) (www.kapanlagi.com)

هو الذي جعل لكم الأرض ذلولا فامشو في مناكبها وكلوا من رزقه وإليه النشور (15)


Terjemahan:

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, berjalankah di segala penjuru dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepada-Nya kamu kembali setelah dibangkitkan”


(
Al-Mulk: ayat 15)


Bukti-bukti perbuatan tidak mensyukuri keindahan alam ciptaan Allah s.w.t menyebabkan ditimpa musibah :

- Berlaku perubahan cuaca dan musim yang tidak menentu

- Berlaku malapetaka seperti banjir dan tanah runtuh.

- Penipisan lapisan ozon menyebabkan cuaca menjadi panas.

- Berlaku kebuluran dan kelaparan kerana tanaman menjadi rosak.

- Merebak wabak penyakit seperti taun dan malaria.



Bukti melihat kejadian alam cakerawala boleh menambahkan iman:


** Terdapat berbagai-bagai tanda kebesaran Allah s.w.t di dalam alam cakerawala seperti kejadian langit tujuh lapis yang dihiasi dengan berjuta-juta bintang. Melihat kejadian ini menyebabkan seseorang itu bertambah yakin kepada kebijaksanaan Allah s.w.t.


**Kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam cakerawala menambahkan lagi keyakinan terhadap Allah s.w.t. Misalnya kejadian hujan yang bermula dengan gumpalan awan. Apabila awan itu tebal ia turun sebagai hujan.


** Allah s.w.t menetapkan matahari dan planet-planet beredar mengikut paksi masing-masing. Ia tidak pernah melakukan kesilapan dalam peredarannya.


(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)

PERCAYAKAH ANDA??


(www.flickr.com)




Hujah-hujah bahawa kejadian alam cakerawala merupakan bukti kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t ialah:

* Berlaku peredaran masa, waktu tidak kekal dan tidak boleh berubah.

* Ciptaan Allah s.w.t mempunyai hikmat, fungsi yang tersendiri dan tidak bercanggah ci antara satu sama lain.

* Ciptaan Allah s.w.t ada awak ada awal dan akhir.

* Ciptaan Allah s.w.t berpasang-pasangan.

* Ciptaan Allah s.w.t tidak boleh ditandingi oleh manusia dan amat menghairankan.



(qitori.wordpress.com)











Kejadian alam cakerawala yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan ibadat:


^ Kejadian matahari membolehkan umat Islam menentukan waktu untuk mengrjakan sembahyang.

^ Umat Islam dapat menentukan takwim Islam melalui pergerakan bulan.

^ Kejadian malam dan siang dapat digunakan untuk menentukan waktu bekerja, bereha dan beribadat.



(www.harunyahya.com)








Tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t yang terdapat pada ciptaan alam cakerawala:


1- Kejadian alam cakerawala dan planet yang sentiasa berputar di atas paksinya dan beredar di atas orbit yang ditetapkam. Ia tidak pernah melakukan kesilapan dalam pergerakannya ini.


2- Kejadian langit yang terdiri daripada tujuh lapis yang dihiasi dengan berjuta-juta bintang. Tiap-tiap bintang besarnya berpuluh-puluh kali ganda dengan bumi. Semua ini hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menciptanya.


3- Kejadian siang dan malam jelas menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Ia berlaku apabila sebahagian bumi terlindung daripada matahari dan sebahagian lagi terdedah kepada matahari. Malam dijadikan cuacanya sejuk yang sesuai untuk berehat manakala siang cuacanya cerah sesuai untuk manusia bekerja mencari rezeki.


(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)

;;