APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??

Showing posts with label c) PROSES. Show all posts
Showing posts with label c) PROSES. Show all posts

Allah s.w.t. seringkali mengingatkan makhlukNya yang dinamakan manusia tentang akan terjadinya Hari Kiamat iaitu suatu hari kemusnahan secara mutlak di dalam ayat-ayatNya di dalam al-Quran. Malah dalam abad ke-20an ini para saintis telah menemui beberapa penemuan yang membenarkan tentang adanya hari Kiamat.

Teori yang menyatakan bahawa alam semesta ini mempunyai satu permulaan dan sentiasa mengembang atau perluasan secara berterusan. Seorang ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre secara teori menghitung dan menemukan bahawa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.

Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble seorang astronomi Amerika menemukan bahawa bintang-bintang serta galaksi saling menjauhi. Ini bermakna apabila bintang-bintang serta planet-planet saling menjauhi, tarikan graviti antara satu sama lain akan lemah. Keadaan ini menyebabkan sistem cakerawala tidak seimbang dan akhirnya mungkin menyebabkan perlanggaran antara satu sama lain.

Rujuk surah adz-Zariyat : 47 yang bermaksud :

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

Alam semesta telah mengembang dengan kecepatan maha dahsyat.




(Rujukan: http://taufiq111.blogspot.com/2007_05_01_archive.html)


Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya.

(Sumber Rujukan: 'Big Bang (Web): Creation of Cosmology').

Wahai adik-adik yang disayangi, sedarkah adik-adik bahawa setiap yang terjadi di alam semesta ini mengalami prosesnya tersendiri bagi setiap kemunculannya? Cuba adik perhatikan bayi kecil. Dia tidak muncul begitu sahaja bukan?? Pastinya dia melalui proses kelahiran. Seorang ibu mengandungkannya dan bila tiba waktunya, bayi kecil tersebut akan lahir. Begitu juga dengan Sistem Cakerawala yang wujud ini. Sistem ini mengalami PROSES AWAL, PROSES PERKEMBANGAN dan PROSES AKHIR.

Kita lihat satu persatu proses-proses tadi.


Dalam surah Al Anbiya ayat 21:30, Allah berfirman:

“Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…”

Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, 'Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah:

“Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan di antara keduanya dan dijadikan di antara keduanya udara.”




Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. penemuan penting itu ialah sebelum ala mini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air dan tiada bintang-bintang: malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini ’Bin Bang”. Semua yang terdapat di dalam alam semulajadi ini hasil daripada Big bang ini.





adalah pencipta kepada ”Big Bang” ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas ”Big Bang”. Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata ”Jadi” maka jadilah ia. Allah yang Maha Bear dan Dia yang paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuat, Dia dapat menciptakan sekelip mata.

Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya ”Al-Quran” di mana Dia tlah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada al-Quran dan Al-Sunnah (Cara Hidup Nabi Muhammad s.a.w). sebagai contoh, apabila kita bertanya, ”Bagaimana Allah mnciptakan segala-galanya?” Allah membalas di dalam al-Quran dengan berkata:


(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang maha mengetahui akan segala-galanya


(Surah al-An’am- Ayat: 101)




(Harun yahya. 2004. Keajaiban Ciptaan Allah.)

;;