APA YANG ANDA DAPAT DI SINI??


Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya.

(Sumber Rujukan: 'Big Bang (Web): Creation of Cosmology').

Allah yang maha suci lagi maha Tinggi berfirman yang bermaksud:

”Maha suci Allah yang mnjadikan gugusan bintang di langit dan Dia menjadikan padanya matahari dan bukan yang bercahaya”


(Surah al-Furqan: 25: 61)



Ketahuilah Allah s.w.t menjadikan malam supaya udara menjadi dingin, bahkan supaya haiwan-haiwan dapar merasakan ketenangan dan ketenteraman.


Allah menjadikan malam tidak gelap-gelita tanpa cahaya sama sekali, sehingga dapat digunakan untuk melakukan suatu pekerjaan. Manusia pun sering kali melakukan pekerjaannya di waktu malam, kerana suatu kedaruratan atau sempitnya waktu di siang hari. Hal ini terjadi, mungkin kerana di siang hari udara terlalu panas atau ada sebab-sebab lain. Kerana itu cahaya bulan di malam hari merupakan pertolongan yang diperlukan manusia untuk keperluan tersebut. Terbitnya bulan pada sebahagian malam, dengan cahaynya yang lebih rendah berbanding sinar dan panasnya matahari, tidak lain ialah supaya manusia tidak melakukan kegiatan yang sama dengan kegiatannya di siang hari. Kalau antara kegiatan siang hari dan malm hari itu sama, maka tentulah manusia akan kehilangan ketenangan, dimana hal ini akan membahayakan kesihatannya sendiri.


Di antara keagungan hikmah Allah itu ialah menciptakan cakerawala yang menjadi pelengkap untuk tetapnya alam semesta ini, yang kelihatannya kekal untuk sepanjang masa dan tidak pernah berubah. Dalam masalah besar ini manusia pun telah dicukupkan Allah, yang tiada kekuasaan dan tiada upaya untuk memperbaiki alam semesta ini seandainya terjadi perubahan hebat, perubahan yang mengakibatkan kejadian dahsyat di permukaan bumi ini. Apa sebabnya demikian?


Sebab tegaknya bumi ini selalu berhubungan dengan langit, bahkan semua itu mngikut kekuasaan Pencipta yang maha Suci. Sungguh , tiada cacat tiada cela dan tiada sesuatu pun yang ketinggalan dari ketentuan-Nya demi manfaat alam semesta.


Maha suci Allah yang maha Mengetahui lagi maha Kuasa.





(Imam al-Ghazali. Rahsia danhikmah kejadian alam dan penciptaan manusia)




Putaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan PEREDARAN SIANG DAN MALAM.




Hikmah Kejadian SIANG


1. Allah swt mencipta siang bagi membolehkan manusia mencari kerja dan rezeki pada waktu ini.

2. Para pelajar menggunakan waktu siang untuk ke sekolah menuntut ilmu, bersukan, dan melakukan pelbagai aktivi lain pada waktu siang.

3. Waktu siang juga digunakan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti bagi mengeratkan silaturrahim sesama anggota masyarakat seperti kenduri-kendara, gotong-royong dan sebagainya.




Hikmah Kejadian MALAM


1. Allah swt menjadikan waktu malam supaya manusia boleh berehat selepas penat bekerja.

2. Waktu malam juga ialah waktu yang paling selesa untuk kita beribadah kepada Allah swt seperti menunaikan solat sunat tahajjud, solat hajat, solat istikharah, membaca al-Quran dan sebagainya.

3. Manusia juga dapat berfikir tentang keajaiban alam ciptaan Allah swt pada waktu ini dengan memerhatikan kejadian malam, bulan, bintang dan sebagainya.





(Rujukan: RIJALUDDIN YAHYA. Pendidikan Islam. 2008)

Adik-adik, sekarang kita lihat pula apakah rahsia sebalik KEJADIAN HUJAN??….

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira"

(Al Qur'an, 30:48)


Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan.

Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.

Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.




(Rujukan: RIJALUDDIN YAHYA. Pendidikan Islam. 2008)

CUBA ADIK-ADIK FIKIRKAN, APA PENGAJARAN DARIPADA TAJUK SISTEM CAKERAWALA YANG TELAH ADIK IKUTI INI?? ADIK-ADIK SENARAIKAN JAWAPAN ADIK-ADIK YA!!

……………………………………….

……………………………………….

SEKARANG, ADIK-ADIK BANDINGKAN JAWAPAN YANG TELAH ADIK SENARAIKAN DENGAN JAWAPAN AKAK DI BAWAH INI. BOLEH YA??



SEKARANG ADIK BOLEH TAMBAHKAN ISI BAGI PENGAJARAN YANG ADIK BARU PEROLEHI DENGAN JAWAPAN ADIK-ADIK TADI. SEMOGA APA YANG ADIK PELAJARI PADA HARI INI, MEMBAWA SERIBU MAKNA DALAM HIDUP.



(Rujukan: RIJALUDDIN YAHYA. PENDIDIKAN ISLAM . 2008)


Adik-adik tau apakah kesan sekiranya kita MENCEMARKAN ALAM SEMESTA kita???

Kita lihat sekarang ni, terlalu banyak pencemaran yang berlaku di sekeliling kita. Akibat buruknya juga kembali semula kepada kita. Adik-adik juga tahu, pencemaran ini boleh berlaku dalam 3 keadaan: Pencemaran Udara, Pencemaran Air, Pencemaran Tanah.














;;