Sikap yang perlu ditunjukkan oleh orang yang beriman apabila melihat alam ciptaan Allah s.w.t ialah:
1- Yakin bahawa alam yang terdiri dari langit dan bumi adalah ciptaan Allah s.w.t
2- Tunduk dan sujud kepada Allah s.w.t kerana mereka tidak mampu menandingi kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.
3- Memakmur dan mentadbir alam ini dengan peraturan-peraturan yang telah ditetap dan diperintahkan oelh Allah s.w.t.
4- Kagum dan terpegun dengan keunikan dan kesempurnaa alam ciptaan Allah s.w.t.
(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)
Labels: g) KEWAJIPAN
Peranan iklim kepada penghidupan manusia:
i^ Iklim mempengaruhi perkembangan fizikal dan warna kulit manusia. Contohnya: manusia yang tinggal di kawasan yang beriklim sederhana, kulitnya cerah.
ii^ Pekerjaan, aktiviti dan cara hidup manusia juga bergantung kepada iklim di mana mereka tinggal. Contohnya: manusia yang tinggal di kawasan cuaca oanas, pakaiannya nipis.
iii^ Tanaman yang sesuai ditanam dan makanan yang dimakan oleh manusia bergantung kepada iklim sesuatu tempat.
(www.harunyahya.com)
(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)
Labels: e) HIKMAH
Keuntungan dari cahaya matahari ada banyak:
1.
2. Cahaya matahari bertindak sebagai pembasmi atau pembunuh bakteria.
3. Matahari menyediakan energi bagi tumbuh-tumbuhan agar dapat mengubah karbondioksida dan air menjadi karbohidrat... Tanpa proses ini, manusia dan hewan akan mati kelaparan.
4. Cahaya matahari juga menolong seseorang untuk beradaptasi dengan pekerjaan malam atau menghilangkan depresi yang berhubungan dengan hari-hari gelap selama musim dingin.
Peringatan: Sinar matahari dapat juga berbahaya. Membiarkan tubuh berlama-lama di bawah sinar matahari dapat membakar kulih, meningkatkan resiko kanker kulit, mempercepat proses penuaan, merusak mata, dan menyebabkan katarak. [Semua kutipan di dalam Panduan ini diambil dari Look Up and Live: A Guide to Health Adult Lessons, Kwartal Pertama 1993, (
2002 oleh The Voice of Prophecy
> Kepentingan matahari :
1) Membekalkan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan semasa proses fotosintesis.
2) Memberi cahaya untuk menerangi alam bagi membolehkan makhluk meneruskan penghidupan.
3) Membantu putaran air dan udara.
4) Menentukan waktu untuk mengerjakan sembahyang.
5) Mempengaruhi ilmim sesuatu tempat melalui peredaran bumi mengelilingimatahari yang menyebabkan berlaku peredaran angin dan awan.
> Kepentingan bulan:
1- Dapat menentukan perjalanan waktu, hari, minggu, bulan dan tahun.
2- Dapat menentukan keadaan cuaca dan iklim sesuatu tempat.
3- Dapat mengetahui pasang surut air yang berlaku disebabkan oelh putaran bulan yang berpunca daripada tarikan gravity bulan pada permukaan bumi.
4- Sebagai panduan kepada ahli pelayaran di laut dan pengembara di
5- Dapat menentukan waktu untuk mengerjakan sesuatu ibadat seperti ibadat puasa ditentukan melalui melihat anak bulan
>Kepentingan bintang:
1* Bintang boelh dijadikan pedoman kepada hali pelayaran dan pengembara untuk menunjuk arah dan destinasi yang hendak dituju.
2* Bintang juga boelh memberi peluang kepada manusia membuat kajian dan penyelidikan sehingga melahirkan ahli kaji bintang dan ilmu falak.
3* Mengindahkan suasana bumi pada waktu malam.
(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)
Labels: e) HIKMAH
((Proses kejadian siang dan malam)):
** Siang dan malam terjadi adalah disebabkan bumi berputar, maka sebahagian daripadanya akan terdedah kepada cahaya matahari. Tempat ini menjadi cerah dan ia adalah siang.
** Manakala sebahagian yang lain akan terlindung daripada cahaya matahari menyebabkan menjadi gelap dan malam.
>> Siang dan malam terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari.
>> Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah kepada cahaya matahari. Ini menyebabkan berlaku siang.
>> Malam pula berlaku kerana sebahagian lagi bumi terlindung daripada cahaya matahari.
(Rujukan: Zulkifli Ahmad. Pendidikan Syariah Islamiyyah. 2001)
Ini memperlihatkan kepada kita bahawa Allah s.w.t berkuasa melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa dan tidak memerlukan pertolongan atau kuasa yang lain.
Adik-adik mampu melakukan banyak perkara dan mengawal setiap satu itu tanpa bantuan sesiapa?? Renung-renungkan dan Fikir-fikirkan…
Labels: e) HIKMAH
مرج البحرين يلتقيان (19) بينهما برزخ لايبغيان (20)
Terjemahan:
“Dia (Allah s.w.t) membiarkan dua lautan mengalir kemudian bertemu. Antara kedua-duanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing”
(Al-Rahman: ayat 20)
Kepentingan Air dan Hujan
1- Sebagai punca penghidupan dan sumber minuman kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang kerana tanpa air semua makhluk ini tidak dapat hidup.
2- Menyirami permukaan bumi untuk menyuburkan tanah-tanah dan menceriakan alam sekitar.
3- Untuk membersihkan tubuh badan, pakaian dan sebagainya daripada sebarang bentuk kekotoran.
4- Sungai dan lautan menjadi sumber rezeki dan jalan pengangkutan kepada manusia.
5- Untuk mengimbangi suhu badan, makhluk dan suhu bumi daripada kepanasan cahaya matahari.
6- Dapat menghasilkan tenaga elektrik melalui penjanaan kuasa elektrik hidro.
7- Untuk digunakan ketika hendak melakukan ibadat.
Labels: e) HIKMAH




